Saturday, January 2, 2010

TAHUN BARU MESTI AZAM BARU...?

Pertamanya, belum terlambat kiranya saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010. Pejam celik dah setahun masa berlaku dan usia kita dah bertambah setahun lagi.... Soalan paling glamour bila tahun baru tiba.... Tahun baruni sambut kat mane? dan Apa azam baru tahunni? Macam dah jadi tradisi masyarakat kita....tapi mestikah kita mempunyai azam baru menjelang jer tahun baru? Hem...tepuk dada, tanya la diri sendiri...sebab tiada azam pun yang akan mencapai matlamatnye kalau empunya diri tak buat apa-apa...so...marilah kita renung-renungkan dan selamat beramal...

Monday, August 31, 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apa Yang Anda Faham Tentang Merdeka?
01/09/2009

Pejam celik, negara kita dah 52 tahun merdeka...banyak dah kerajaan sumbangkan pada negara...tapi banyak juga manusia-manusia yang tak tau nak hargainya....tahun nie... Merdeka disambut cara sederhana dalam Bulan Pose....tapi kalu tak pose dan tak sambut merdeka...erm...parah la tu namanyer...!!! Bile orang tanyer aper dapat sambut merdeka...? Ader yang kater tak dapat aper2....ader yang kater dapat baju free pi program merdeka....macam-macam lagi la....tapi ramai yang lupa....kita sebagai rakyat yang hidup dalam negara yang dah 52 tahun merdeka ni...patut ader matlamat dalam hidup...paling utama...merdekakan lah diri dan minda kita dari penjajah...!!! Jangan ingat negara dah merdeka kita tak payah nak buat apa2.... Biar beringat sebelum terjerat....biar berguru menambah ilmu....!! Sama2 la kite renung2 kan....

Monday, June 15, 2009

Melayu (Islam) Perlu Sedar

16/06/2009 - MCA nak kuar BN

La nie....kuar isu Datuk Ong Tee Keat buat tinjauan pasal wajarkah MCA kuar BN.... kalu kita negok headline tu, sure orang Melayu ader terpk... la nie depa dah ramai kat Malaysia dan depa dah kuat.... so depa nak memerintah pulak (kalu depa jadi kuar BN dan buat parti sendiri).... cuba kita pk secara wajar...sebagai orang Melayu dan Islam...sampai bila kita tak sedar yang kita nie kena bersatu padu...baru la bangsa lain tak permainkan kita...ni tak habis lagi isu bertegang urat kat Perak, ditambah pulak ngan orang Melayu sendiri tak sokong cadangan kerajaan perpaduan....sampai bila orang Melayu nak ikut emosi...sedangkan bangsa lain tengok sambil tepuk tangan dan tunggu masa nak menangguk di air keruh..?? Melayu dibumi sendiri dah layu..? Jadinya...sedarlah dan bangkitlah orang Melayu dan marilah kita bersatu padu seperti tuntutan agama...

Thursday, April 16, 2009

RM 22.50 Tunai...

17/04/2009 - Apa boleh dibeli dengan RM 22.50?

Mengikut sang hikayat indra purba... RM 22.50 ini telah diguna pakai pada tahun 1900-an lagi... Sehingga kini wanita-wanita mendapat habuan yang sedemikian. Apa yang boleh dibelikan pada zaman era langit terbuka ini. Sepatutnya nilai itu dikaji semula bagi mempertingkat gender kepada kaum Hawa. Bukan harta yang dipinta tapi keikhlasan pemberian kaum Adam perlu di ambil kira. Hantaran beribu-ribu sanggup diberikan kepada empunya diri tapi pemberian Mas kahwin RM22.50 tak berbaloi dengan nilai semasa...

PM Baru Kita

17/04/2009 - Moh ramai-ramai kite gi negok PM baru kita kat MPK 2

Bukan senang nak jadi PM nie.... dari ayah turun ke anak... lepas nie.... belum tentu lagi ada orang Pahang dapat jadi PM yang seterusnya... la nie... apa lagi org Pahang nok...? Nombor satu dah orang kite... jangan lah dok nak baloh gi (ojo tukaran)... samo2 lah kite dok pakat jage negare kite yang dah aman nie... Kite dah puah doh kena jajoh... la nie bior kite perintoh sendiri...

Monday, March 30, 2009

Pandangan Maran

31/03/2009 - PPMSI

Isu PPMSI yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak baru-baru ini perlu dibuat kajian mendalam terlebih dahulu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini kerana kenyataan Ketua Pengarah baru-baru ini jelas menunjukkan ramai calon-calon yg telah menjawap soalan dalam bahasa Inggris dengan baik. Ini kerana asas pengajian pelajar-palajar terbabit khususnya yg berada di sekolah rendah telah terdedah dengan pengajaran PPMSI ini. Oleh yg demikian, apabila kaedah pengajaran diubah semula kepada Bahasa Melayu ini akan mendatangkan kesan kepada pelaja-pelajar tersebut...